Skip to main content

ALIYAH PERGI CRUISE DENGAN SHAKLEE

Hari Pertama - Port Klang

Aliyah naik kereta pergi Shaklee KL Branch. Selepas itu, Aliyah ambil tag. Lepas ambil tag, terus naik bas. Pergi Port Klang. Dekat Port Klang, dia check bag. Lepas check bag, lalu jambatan dan terus naik kapal. Nama kapal tu Superstar Libra.

Aliyah dengan Mama naik deck 9 untuk makan. Aliyah makan dekat Mariner's Buffet. Lepas itu jumpa Aunty Aishah dan Aunty Aini. Aliyah makan buah pisang, laksa (laksa tak sedap) dan minum air kosong. Mama suruh Aliyah makan, tapi Aliyah dah kenyang.

Selepas itu, ada latihan kecemasan. Kena bawak life jacket, lepas tu kita kena pergi deck 6. Suruh dengar siren emergency, dan cara untuk memakai life jacket. Lepas tu Aliyah jumpa kawan Aliyah, nama Puteri Nur Qairunnisa. Lepas itu Aliyah masuk kabin dan tidur. Kabin dekat deck 8.

Hari Kedua - Langkawi

Esok pagi dah sampai Langkawi. Aliyah tunggu sampai Aunty Aishah dengan Aunty Aini sampai, baru makan dekat Four Season Restaurant, deck 4. Lepas tu zumba dekat deck 9. Mama pergi main scavenger hunt. Aliyah duduk dengan Puteri, baca buku. Lepas tu lunch, Aliyah makan pasta. Kapal berlabuh di Langkawi. Kami naik bas 3. Pergi beli chocolate untuk saudara, beli selipar baru sebab lupa bawa selipar. Lepas tu pergi McDonalds. Aliyah makan apple pie dan fries. Lepas tu jumpa Aunty Riz. Aunty Riz ni kawan Shaklee Mama. Dia jual Shaklee di Langkawi. Makan fish & chips, chocotop sundae ice cream.

Malam tu ada sarong themed dinner. Masa ni Aliyah pakai baju flower girl dengan selendang batik. Aliyah ambil gambar dengan Puteri. Aliyah tak makan sebab dah kenyang makan dekat McDonalds. Aliyah tak menang. Tapi ada orang pakai baju melayu siap ada keris. Orang tua.

Hari Ketiga - Phuket

Hari ketiga hari paling best pergi Phuket. Pukul 10 berkumpul di Galaxy of the Stars, deck 5. Aliyah naik bot pergi ke Phuket. Lepas tu, dah sampai Patong Beach, kita naik bas pergi ke satu lagi tempat, terlupa apa nama tempat tu. Lepas dah sampai situ, Aliyah naik speed boat pergi Coral Island. Ada jambatan dalam air, bergoyang- goyang, macam laut. Aliyah jalan atas tu. Seluar Aliyah terkena ombak. Aliyah pergi ambil goggle untuk snorkeling dan life jacket. Aliyah pergi snorkeling dengan Mama. Aliyah rasa air laut tu masin. Aliyah nampak ikan berwarna putih besar tapak tangan Aliyah. Aliyah pergi semula ke pantai. Dan Aliyah pergi salin pakaian di bilik air. Selepas salin baju, Aliyah terus makan. Aliyah makan nasi, ketam kari, tomato dan ayam goreng. Sedap sangat.

Lepas makan, terus naik speed boat pergi ke Patong Beach. Bila dah sampai Patong Beach pergi shopping. Aliyah beli keychain dan fridge magnet untuk kawan- kawan dan sepupu Aliyah. Dekat Patong Beach Aliyah naik tuk tuk terus ke jeti. Aliyah naik bot pulang ke kapal cruise.

Malam tu kita pergi Captain's Dinner. Aliyah makan pasta, sup ayam, sushi dan roti. Aliyah rasa penat dan ajak Mama pergi kabin dan tidur.

Hari Keempat - Penang

Aliyah bangun pagi awal, pergi mandi kolam dan jacuzzi. Kemudian kami berkumpul di Galaxy of Stars pukul 8 pagi. Dan sampai jeti, turun, dan masuk tempat check barang. Lepas tu Aliyah keluar dan naik bas. Bila bas dah sampai di Komtar, Aliyah naik sky walk tingkat 68. Aliyah jalan dengan Puteri Nur Qairunisa. Aliyah berjalan di sky walk. Aliyah tak takut, bukan tinggi sangat pun. Bila dah habis sky walk, semua orang turun bawah. Dan Puteri tertinggal beg kat atas. Lepas tu Puteri naik atas semula dan ambil beg. Aliyah tunggu bas. Bila bas dah sampai, pergi Chowrasta. Semua makan dekat tempat yang sama tapi Aliyah makan dekat tempat lain dengan Puteri. Nama tempat tu Hameediyah. Aliyah jalan- jalan beli mainan. Aunty Herny beli baju untuk Aliyah dan Adam. Mama beli buku untuk Aliyah. Dah lepas habis beli buku kita tunggu bas. Puteri tak ikut. Dia tinggal di Penang. Aliyah naik bas sampai ke jeti. Naik cruise dan malam ada farewell party. Makan dan minum dan terus balik kabin tidur.

Hari Kelima - Port Klang

Selepas breakfast terus pergi ke Galaxy of Stars, deck 5. Kita tunggu sampai orang panggil group KL branch. Lepas tu Mama pergi sembang- sembang dengan Aunty Aishah. Lepas tu Mama ambil beg dia, dia ambil beg Mama. Lepas tu dah kena panggil, pergi jeti dan turun, ambil luggage besar. Lepas tunggu bas, tiba- tiba telefon Mama dah habis bateri. Mama nak charge. Mama jumpa plug. Mama buka beg, eh tiba- tiba kenapa ada sejadah?? Mama selongkar beg tu tengok passport tu, rupanya Aunty Aishah. Nasib baik bukan orang Sabah atau Sarawak. Lepas tu Mama call Aunty Aishah guna telefon orang lain. Tapi Aunty Aishah tak angkat. Call ayah. Suruh telefon Uncle Par. Bila dah naik bas, Uncle Par baru sampai, pulangkan beg. Bas dah sampai KL branch. Aliyah nampak kereta Ayah tapi tak nampak Ayah. Mama suruh Aliyah tunggu dekat KL branch. Bila Mama dah sampai, Aliyah nampak Mama bawa Adeena. Lepas tu Aliyah cakap dekat Adeena, "Adeena, mana Ayah dengan Adam?" Adeena cakap "Ayah dengan Adam pergi makan". Ayah dah sampai. Naik kereta, balik rumah. Habis....







Aliyah rasa macam- macam. Takut sebab naik bot laju dan beg Mama hilang. Ceria sebab dapat pergi banyak tempat. Rasa happy dapat jumpa Puteri.

P.S: Penang tak ada gambar sebab telefon Mama habis bateri. Gambar semua dalam kamera yang tak boleh disambung.

Comments

  1. Ha ha ha ha ha Aliyah. I'm so happy that you enjoyed yourself! It sounded like a very awesome trip indeed. Big hug! - Tida -

    ReplyDelete
  2. hihi..comel la Aliyah. keep writing dear

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Next time bawak auntie sekali ya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ALIYAH BALIK KAMPUNG

Hari ahad Aliyah balik kampung. Ada kakak Anis dan Abangngah. dekat kampung ada air conde. dekat kampung.   ada satu air conde dekat bilik opah Aliyah sahaja. see more...

MY HOBBY

ADEENA MEMANG LAWAK HAHAHA (ADEENA TUMPANG BLOG ALIYAH)

Mama dengan Ayah solat dekat masjid. Adam ikut Ayah. Adik ikut Mama. Kakak ikut Mama. Lepas tu kitaorang pergi Bangkok makan aiskrim. Lepas tu Mama dengan Ayah beli air. Mama dengan Kakak dengan Adam solat dengan Adik. Lagi Mama dengan Ayah tidur dekat rumah KL. Lepas tu Ayah buka tv, Mama terkejut. Sebab Ayah bukak tv sampai malam- malam. Lepas tu Mama dengan Ayah pergi solat lagi. Lagi Ayah dengan Mama solat lagi sekali. Lepas tu Ayah dengan Mama pergi solat 5 kali. Lepas tu Mama pergi Shaklee beli apa- apa. Ayah pulak pergi Shaklee sebab Ayah kan nak beli ESP. Dah.